
🌿 Peneraju Pembekalan Herba Berkualiti Tinggi
Delima Jelita Herbs merupakan sebuah syarikat pembekal, pemborong, dan pengedar bahan asas herba yang sah dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah nama Delima Jelita Enterprise dengan nombor pendaftaran AS0281645-T.
Sejak 1980-an, kami telah membekalkan bahan mentah herba tradisional ke seluruh Malaysia. Dengan perkembangan teknologi dan keperluan pasaran global, kami kini menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk pelanggan di seluruh dunia bagi memastikan akses mudah kepada herba berkualiti tinggi yang terjamin keasliannya.
📌 Misi, Visi & Moto
🔹 Misi Kami: Membekalkan herba asli berkualiti tinggi yang selamat, bersih, dan terjamin keberkesanannya kepada pelanggan kami.
🔹 Visi Kami: Menjadi peneraju utama dalam industri herba tempatan dan antarabangsa dengan menyediakan produk berkualiti dan perkhidmatan terbaik.
🔹 Moto Kami: "Keaslian Herba, Kualiti Terjamin, Kepercayaan Berkekalan."
🔹 Slogan Kami: "Kami Bantu Sedaya Kami."
💼 Perkhidmatan Kami
Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk:
✔ Menyediakan bahan mentah untuk produk herba tradisional serta moden.
✔ Mendapatkan herba segar atau kering mengikut keperluan pelanggan.
✔ Menyediakan adunan campuran herba warisan turun-temurun yang terbukti berkesan.
✔ Mengadun herba mengikut peratus(%) atau sukatan seperti diminta.
✔ Menyediakan perkhidmatan pengeringan herba melalui oven atau kebuk suria.
✔ Perkhidmatan mengisar herba menjadi teh atau serbuk.
✔ Perkhidmatan membuat uncang teh herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, bunga mukmin, dan lain-lain.
✔ Mengurus perkhidmatan membuat ekstrak mengikut nisbah seperti dikehendaki.
✔ Mengurus perkhidmatan memasukkan herba atau ekstrak ke dalam kapsul.
✔ Mengurus perkhidmatan membuat tablet atau pil.
✔ Mengurus mendapatkan sijil analisis herba (COA) dari Pusat Racun Negara (PRN).
✔ Mengurus perkhidmatan untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
🔬 Komitmen Terhadap Kualiti & Keselamatan
Kami memastikan setiap herba yang dibekalkan mengikut piawaian kualiti yang ketat dan melalui proses berikut: ✔ Pembersihan & Pengeringan – Menjaga kebersihan dan ketulenan herba dengan kaedah moden.
✔ Pemeriksaan Kualiti – Analisis dan ujian makmal bagi memastikan keaslian dan ketulenan herba.
✔ Pembungkusan Selamat – Menggunakan teknologi pembungkusan terkini bagi mengekalkan kesegaran herba.
✔ Sijil Analisis (COA) – Disahkan oleh Pusat Racun Negara (PRN) untuk memastikan keselamatan penggunaan.
![]() |
Contoh Sijil Analisis Herba |
NO SIRI: IM-020713-02030
---------------------------------