SUPPLIER, WHOLESALE
IBU GAMAT KERING 1KG
Gamat dikeringkan melalui proses kebuk panas, bersih dan selamat digunakan
HARGA GAMAT KERING
RM45.00/100g
RM400.00/1kg
AIR DALAM PERUT GAMAT
Air dari dalam perut ibu gamat diambil semasa naik kedarat.
Sudah di peram bertahun-tahun untuk hilangkan bau busuk.
HARGA AIR DALAM PERUT GAMAT
RM48.00/1 liter
AIR REBUSAN GAMAT
Air rebusan ibu gamat sebelum dikeringkan.
Sudah di peram bertahun-tahun untuk hilangkan bau busuk.
HARGA AIR REBUSAN GAMAT
RM38.00/1 liter
Boleh minta air berbau busuk atau tidak busuk ketika membuat pembelian, harga tetap sama.
CARA GUNA GAMAT KERING
Boleh dicampurkan kedalam minyak, kemudian dimasak bersama akar-akar serta daun-daun herba untuk sapu pada luka atau urut bahagian yang bermasalah.
(kami ada jual MINYAK GAMAT readymade)
Boleh dijadikan sup ditambah dengan herba-herba sup bunjut untuk kesihatan dalaman.
Boleh juga dimakan begitu sahaja
Dijadikan serbuk dan di campur dengan kopi serta lain-lain minuman, atau dijadikan TALKUM GAMAT.
(kami juga menyediakan serbuk pure gamat)
KHASIAT GAMAT
Rasanya tidak perlu dibincangkan lagi khasiat gamat kerana hampir semua orang Malaysia tahu kelebihan gamat disebabkan gamat adalah perubatan kebanyakan bangsa atau kaum sejak turun temurun.
Bagaimana Gamat diproses?
Selepas ibu gamat diambil dari laut, ia akan melalui proses membelah perut untuk diambil air perutnya, air didalam perut gamat sangat sedikit terhad dan mahal. oleh kerana itu ramai menggunakan air rebusan gamat sahaja.
Untuk mengelak berbau busuk dan rosak ketika pengeringan, ibu gamat akan diproses rebusan, selepas proses rebusan selesai ibu gamat ditapis untuk dikeringkan, air tapisan gamat tadi disimpan serta diperam lama untuk hilangkan bau busuknya, walaupun tidak berbau namun kahsiatnya tetap sama.
Air gamat sangat berguna untuk merawat luka-luka lepas bersalin, jatuh terhempas kemalangan, penyakit athma, serta menambahkan stamina badan. Air gamat boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan jelly untuk dijadikan JELLY GAMAT supaya mudah diminum.
Ibu gamat semasa didalam laut
Keterangan Ringkas Gamat
Gamat merujuk kepada haiwan yang hidup di dasar laut. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan berbentuk timun, oleh kerana itu gamat juga dikenali sebagai timun laut pada sesetengah tempat. Di negara kita Malaysia, kebanyakan gamat diperoleh dari laut Langkawi, Pulau Pangkor, dan Sabah.
Gamat boleh hidup walaupun setelah dipotong, khasiat gamat terlalu banyak antaranya sangat cepat menyembuhkan luka serta kulit jadi bertangkup semula.
(Sumber Delima Jelita Herbs)
Pesanan manja😉: kalau nak copypaste penulisan didalam website ini sila letak Sumber Delima Jelita Herbs yer