
HARGA PERKHIDMATAN PENGKAPSULAN
Upah Pengkapsulan:
• Powder: RM0.01 / kapsul
• Ekstrak: RM0.015 / kapsul
(Harga tidak termasuk kapsul halal)
Syarat Minimum:
• 3kg powder ATAU 1kg ekstrak
• Menggunakan kapsul saiz ‘1’ dan ‘0’ sahaja
📌 Hubungi kami untuk maklumat jumlah kapsul yang diperlukan bagi 3kg powder atau 1kg ekstrak.
Perkhidmatan ini boleh menggunakan:
• Powder / ekstrak daripada kedai kami, ATAU
• Powder / ekstrak milik pelanggan sendiri
⚠️ Wajib menggunakan kapsul halal edaran kami sahaja.
Ini kerana kapsul simpanan kami dijaga rapi dalam bilik berhawa dingin 16°C selama 24 jam, memastikan kapsul:
✔ Tidak keras
✔ Tidak mudah pecah
✔ Tidak ‘reject’ oleh mesin pengkapsulan kilang
PERHATIAN PENTING
❌ Pengkapsulan TIDAK dilakukan di kedai kami.
Proses pengkapsulan terbuka amat berisiko dan boleh menyebabkan pencemaran bakteria ke dalam sistem pencernaan.
✅ Semua tempahan akan diproses di kilang bertaraf GMP.
⏱ Tempoh proses: 3–5 hari bekerja, bergantung kepada kuantiti powder/ekstrak.
📦 Setelah siap, pihak kami akan memaklumkan untuk urusan penghantaran.
📑 Kami juga boleh membantu pelanggan mendapatkan kelulusan produk KKM.
TANDA-TANDA KAPSUL ROSAK
1️⃣ Kapsul keras & rapuh
– Sukar dibuka
– Warna pudar
– Melekat antara satu sama lain
Punca:
• Simpanan terdedah kepada cahaya
• Tidak disimpan dalam kotak asal pengeluar
• Suhu panas melebihi 18°C
• Kapsul melebihi tempoh luput (lebih 2 tahun)
2️⃣ Saiz kapsul tidak sekata / cap terbuka
– Disebabkan kerosakan sistem snap locking
– Biasanya kapsul dalam pek berterabur atau terpisah antara body & cap
Punca:
• Kecacatan dari kilang pengeluar
• Cara penyimpanan tidak betul
3️⃣ Kapsul kemek (body atau cap)
– Akibat simpanan terlalu padat
– Atau kecuaian kawalan kualiti kilang
📌 Kesan kerosakan kapsul:
• Proses pengkapsulan menjadi reject
• Powder berterabur selepas pembungkusan
❗ Atas sebab kualiti dan keselamatan, kami TIDAK menerima kapsul luar untuk perkhidmatan pengkapsulan.







